KOTA BHARU: Tengku Muhammad Faiz Petra, 36, dijangka dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan yang baru, bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan.
Sumber memberitahu, upacara pelantikan Tengku Bendahara Kelantan itu yang juga anakanda kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, pemilihan Tengku Muhammad Faiz bagi mengisi jawatan terbabit dibuat dengan perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
“Pelantikan Tengku Bendahara sebagai Tengku Mahkota yang baru itu dibuat mengikut undang-undang tubuh Negeri Kelantan dan akan disempurnakan pada satu majlis tidak lama lagi,” katanya.
Selain Tengku Muhammad Faiz Petra, dua lagi adinda Sultan Muhammad V terdiri Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’Ishah Putri.
Akhbar sebelum ini melaporkan Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda yang gering selepas mengalami trauma saraf otak akibat serangan jantung.
Tengku Muhammad Fa-iz Petra pewaris kesultanan Kelantan « ejoeSolutions
20/10/2010[…] Sebelum ini terdapat ura-ura Tengku Faiz bakal dilantik sebagai Tengku Mahkota. […]