Tuanku Faris guna gelaran Sultan Muhammad Ke-V

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

“Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.

Katanya penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Katanya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Beliau berkata gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

“Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan kerajaan negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi,” katanya.

Sementara itu, mengenai pemashyuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, beliau berkata Al-Sultan Kelantan tetap menjalankan tugas baginda sebagai ketua negeri seperti biasa.

“Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

“Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa,” katanya mengulas petisyen yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 20 Sept lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan baru, tidak mengikut perlembagaan.

Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar, di Kota Bharu pada 13 September lalu.

Berhubung laporan polis yang dibuat Istana Kelantan semalam berhubung beberapa salinan dokumen palsu berkaitan pengurniaan darjah kebesaran negeri oleh pihak tidak bertanggungjawab, Abdul Halim berkata pihak terbabit telah memalsukan namanya dan tandatangannya untuk menipu mangsa kononnya mereka mempunyai hubungan dengan saya untuk mendapatkan darjah tertentu daripada Istana Kelantan, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Saya tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kuasa untuk mengurniakan darjah,” katanya.

– Bernama

admin
admin

15 Comments

  1. Tengku Muhammad Fa-iz Petra pewaris kesultanan Kelantan « ejoeSolutions
    20/10/2010

    […] 18 Okt. – Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta […]

  2. Kelantan tubuh JK jaga kepentingan bekas Sultan | ejoeSolutions
    24/01/2011

    […] Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan itu adalah di atas titah Sultan Muhammad V. […]

  3. Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang baru | ejoeSolutions
    25/01/2011

    […] yang dilaporkan oleh Bernama, tarikh baru bagi sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad V telah dipinda ke tarikh baru iaitu pada 11 dan 12 November setiap […]

  4. Petisyen Tuanku Ismail Petra ditolak | ejoeSolutions
    12/02/2011

    […] Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 24 Mei tahun lalu oleh Majlis Perajaan atas alasan ayahanda baginda gering. […]

  5. Sultan Kelantan mahu lebih banyak infrastruktur dibina untuk rakyat - ejoeSolutions
    17/09/2011

    […] BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan […]

  6. Pelantikan Yang diPertuan Agong ke-14 berkuat kuasa 13 Disember - ejoeSolutions
    16/10/2011

    […] Sultan Muhammad V, 42, pula dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010. Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. – BERNAMA Comments […]

  7. Sultan Kelantan Canselor UMK - ejoeSolutions
    16/10/2011

    […] majlis tersebut, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut dimasyhurkan sebagai Canselor UMK yang baru menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail […]

  8. Sultan Muhammad V Terima Anugerah Darjah DK Daripada Raja Perlis - ejoeSolutions
    04/11/2011

    […] BAHARU, 19 Okt (Bernama) — Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rabu berkenan menerima darjah kebesaran kerabat Raja Perlis (DK) sempena hari keputeraan Raja […]

  9. Sultan Kelantan kecewa - ejoeSolutions
    05/11/2011

    […] BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memandang berat dan dukacita terhadap tindakan pihak tertentu di negeri ini yang […]

  10. Kota Bharu bermandikan cahaya - ejoeSolutions
    10/11/2011

    […] Bandar Kota Bharu sekali lagi mermandikan cahaya apabila berbagi jenis lampu dipasang di tempat-tempat strategik dalam bandar seperti didepan SUK, Bulatan Tuan Padang dan disepanjang jalan-jalan utama menuju pusat bandar. Kemeriahan ini adalah sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. […]

  11. Banner Merah sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan - ejoeSolutions
    11/11/2011

    […] untuk menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V semakin ketara apabila hampir kesemua kedai di Kota Bharu telah manaikkan banner yang tertera […]

  12. Ribuan saksi ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan - ejoeSolutions
    11/11/2011

    […] majlis istiadat meletak kerja dan perbarisan sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut hari […]

  13. Sultan Kelantan turut menyembelih sendiri lembu korban | come2kelantan
    19/01/2012

    […] Kelantan Sultan Muhammad V berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan […]

  14. Stadium Sultan Muhammad V - The Fortress - ejoeSolutions
    25/02/2012

    […] Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru […]

  15. Sultan Muhammad V sertai Walk With Me 2012 | Come2Kelantan
    25/02/2012

    […] BHARU, 25 Feb:Walkaton D’Raja Kelantan –Walk With Me hasil cetusan minda Sultan Muhammad V mendapat perhatian semua lapisan masyarakat dan NGO di negeri ini khususnya Pertubuhan Kerabat […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *