Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia dijangka berkembang 12 peratus sepanjang tahun ini, menunjukkan pertumbuhan pesat industri tersebut selari dengan kemajuan teknologi di negara ini.
INTERNATIONAL University of Computing yang akan ditubuhkan Prestariang Bhd, bakal melonjakkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia ke tahap lebih tinggi. Apabila beroperasi tidak lama lagi, universiti butik pertama negara itu akan melengkapi ekosistem industri ICT tempatan, dengan matlamat melahirkan tenaga kerja ICT berkemahiran serta usahawan teknologi berdaya maju.
PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menerusi tinjauan pasaran pekerjaan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan mengunjurkan purata peningkatan gaji sehingga sembilan peratus bagi profesional sektor ICT kepada RM6,845 sebulan didorong oleh pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).