Gaji pekerja sektor ICT diunjur naik 9%
PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menerusi tinjauan pasaran pekerjaan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan mengunjurkan purata peningkatan gaji sehingga sembilan peratus bagi profesional sektor ICT kepada RM6,845 sebulan didorong oleh pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
[adsenseyu7] |
Tahun lalu, gaji profesional ICT meningkat purata 10.9 peratus kepada RM6,280 berbanding RM5,626 sebulan pada tahun sebelumnya dan peningkatan itu disokong permintaan tinggi tenaga kerja dalam bidang terbabit. Pengerusinya, Woon Tai Hai berkata, situasi perkembangan industri ICT tempatan jelas dapat dilihat dengan sejumlah 365,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada 2005 dan meningkat kepada 529,000 tahun lalu.
Pekerja sektor ICT
Katanya, peningkatan permintaan tenaga kerja profesional sektor ICT mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada graduan bidang berkenaan.
“Industri ICT tempatan semakin berkembang dengan baik apabila terdapat banyak program pembangunan dilaksanakan kerajaan,” katanya pada majlis memperkenalkan buku ICT Job Market Outlook In Malaysia April 2012 di Kuala Lumpur, semalam.