INTERNATIONAL University of Computing yang akan ditubuhkan Prestariang Bhd, bakal melonjakkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia ke tahap lebih tinggi. Apabila beroperasi tidak lama lagi, universiti butik pertama negara itu akan melengkapi ekosistem industri ICT tempatan, dengan matlamat melahirkan tenaga kerja ICT berkemahiran serta usahawan teknologi berdaya maju.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] industri ict

Prestariang juga akan membawa masuk individu terbaik dalam bidang masing-masing sebagai kakitangan akademik. – Dr Abu Hasan Ismail, Ketua Eksekutif Prestariang

Pada 22 Jun lalu, anak syarikat Prestariang, Prestariang Education Sdn Bhd menerima Surat Pelawaan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta mengkhusus dalam bidang perkomputeran.

Ia susulan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan (JKMPMI) tahun lalu yang bersetuju dengan penubuhan Universiti Butik ICT di bawah Kerangka Pembangunan Modal Insan ICT. Universiti itu akan beroperasi di Cyberjaya di mana premisnya sudah disiapkan.

Ketua Eksekutif Prestariang, Dr Abu Hasan Ismail, berkata mandat diterima daripada kerajaan untuk menubuhkan universiti berkenaan bersandarkan hubungan rapat syarikat itu dengan firma multinasional serta pengalamannya dalam latihan dan pendidikan ICT.

“Kami dipilih kerana kekuatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan, selain mendapat sokongan firma modal teroka. “Prestariang juga akan membawa masuk individu terbaik dalam bidang masing-masing yang mempunyai kepakaran tersendiri sebagai kakitangan akademik,” katanya kepada BH di Cyberjaya, baru-baru ini.

Pemilihan syarikat itu daripada empat syarikat yang menghantar kertas cadangan penubuhan universiti butik berkenaan juga berkait rapat dengan latar belakang Abu Hasan. Beliau berpengalaman luas dalam pendidikan tinggi dengan menjadi antara pengasas universiti swasta pertama negara, Universiti Multimedia (MMU) pada 1997.

Prestariang juga mempunyai hubungan rapat dengan peserta industri. Ia antara lain adalah pengedar terbesar lesen perisian Microsoft serta penyedia persijilan dan latihan ICT utama di negara ini.

Lima fakulti khusus

Abu Hasan berkata, International University of Computing akan mempunyai lima fakulti mengkhusus kepada bidang ICT yang menerima permintaan tinggi daripada industri.

“Bersandarkan maklum balas peserta industri, 86 peratus mahukan pekerja dengan latar belakang sains komputer. Ia sebenarnya kembali kepada keperluan asas seperti dulu,” katanya.

Lima fakulti itu ialah Kejuruteraan Komputer, Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat dan Teknologi Maklumat. Ia menawarkan pengajian daripada asasi sehingga ke doktor falsafah.

Jelas Abu Hasan, setiap fakulti itu akan mempunyai rakan industri daripada ‘nama besar’ dalam sektor ICT antarabangsa, yang akan diumumkan bersama senarai canselor dan ahli lembaga pendidikan universiti tidak lama lagi.

“Kami bukan saja mahu memenuhi aspirasi negara memacu pertumbuhan industri ICT, malah universiti ini juga disasar mencapai status APEX menjelang operasinya kelak,” katanya. -bharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *