KUALA LUMPUR – Yes, perkhidmatan Internet mudah alih dengan suara terpantas, hari ini melancarkan chromebook 4G Samsung pertama di dunia yang dimajukan bersama oleh Google dan Samsung, di Malaysia. Chromebook itu direka bentuk untuk disesuaikan dengan ID Yes, dengan menyediakan daya hubung Internet mudah alih berkelajuan tinggi hingga 20Mbss melalui rangkaian 4G Yes.
INTEL Malaysia (Intel) akan menganjurkan program tukar beli komputer, di mana orang ramai boleh menebus rebat sehingga RM300 sebagai pertukaran sebarang jenama komputer peribadi (PC) lama dengan pemproses Intel bagi pembelian PC baru melalui kempen Generation Today.
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
Putrajaya: Mengembangkan infrastruktur komunikasi dan caj internet lebih murah, antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memastikan pendemokrasian komunikasi dalam kalangan rakyat.
SINGAPURA – HP hari ini mengumumkan HP Slate 7, sebuah tablet pengguna Android mampu milik yang memberikan pelanggannya akses mudah kepada perkhidmatan Mudah alih Google. HP Slate 7 yang mempunyai skrin diagonal 7 inci seberat 370g itu merupakan ‘teman’ unggul yang boleh dipercayai.
KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat kebimbangan mengenai tahap keselamatan di alam siber negara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) ini, namun CyberSecurity Malaysia memberi jaminan ia berada di tahap terkawal.
Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan pelan jalur lebar LTE berharga RM138 untuk kapasiti 10GB dengan kelajuan 50Mbps selepas berjaya memasang 50 kawasan dengan rangkaian tersebut termasuk di sekitar Kampung Baru, Subang, Johor Bahru, Melaka dan Ipoh.
KEPENTINGAN penggunaan internet pada hari ini sememangnya tidak dapat dinafikan kepada setiap individu dan syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Perkembangan ekonomi di Asia juga menyaksikan pertumbuhan PKS yang pesat dan peluang lebih besar untuk terus membangun berbanding rakan niaga lain walaupun di negara Barat yang paling maju.
Kuala Lumpur: Maybank mempelbagaikan lagi kemudahan transaksi dalam taliannya menerusi pelancaran Maybank2u Pay, sekali gus menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya lima peratus daripada 3,000 peniaga yang menggunakan laman blog di seluruh Malaysia tahun ini dengan nilai transaksi sebanyak RM5 juta.
ASUS Malaysia memperkenalkan produk terbarunya Fonepad, iaitu peranti mudah alih dengan sambungan suara serta internet 3G berciri lengkap seperti telefon bimbit pintar serta keupayaan sama seperti tablet dengan harga rendah.Dilengkapi pemprosesan terkini Intel Atom Z2420 dan disokong perisian Android 4.1, Fonepad menawarkan paparan berdefinisi tinggi serta gambar yang jelas.