Celcom Axiata Berhad ­(Celcom) memperkenalkan pelan jalur lebar LTE berharga RM138 untuk ­kapasiti 10GB dengan kelajuan 50Mbps selepas ­berjaya ­memasang 50 kawasan dengan rangkaian tersebut termasuk di sekitar Kampung Baru, Subang, ­Johor Bahru, Melaka dan Ipoh.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] celcom-lte

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, syarikatnya bakal memperkenalkan modemnya berharga RM199 dengan promosi tiga bulan langganan secara percuma yang boleh didapati di pusat membeli- belah Sunway Pyramid, Pavilion dan Menara Celcom sendiri.

Usain Bolt jadi duta Celcom LTE

“Serentak itu, Celcom melantik pelari pecut terkemuka dunia iaitu Usain Bolt sebagai duta yang menjadi simbolik kepantasan rangkaian LTE yang mampu menawarkan kelajuan Internet sehingga 100 Mbps,” katanya. Menurutnya, syarikat itu juga merancang untuk melengkapkan 300 kawasan di pantai barat semenanjung dengan rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) menjelang suku ketiga tahun ini yang menumpukan peningkatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Sebelum ini, Celcom sudah memulakan kempen promosi pra iklan Usain Bolt di dua kawasan iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan USJ Summit sejak minggu lalu dan memperkenalkan ‘promoted trending’ di Twitter. Pada masa sama, ­Syarikat itu bakal ­mengemaskini 1,500 kawasan rangkaiannya kepada LTE menjelang 2015 menggunakan spektrum 2,600MHz seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *