SINGAPURA – HP hari ini mengumumkan HP Slate 7, sebuah tablet pengguna Android mampu milik yang memberikan pelanggannya akses mudah kepada perkhidmatan Mudah alih Google. HP Slate 7 yang mempunyai skrin diagonal 7 inci seberat 370g itu merupakan ‘teman’ unggul yang boleh dipercayai.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] hp-slate-7-android-table

Ia juga merupakan tablet pertama industri yang menawarkan ‘Beats Audio’, bagi bunyi yang terbaik, pengalaman audio paling meriah yang pernah ada pada sesebuah tablet, kata Hewlett-Packard Singapore (Sales) Pte Ltd, dalam satu kenyataan. HP Slate 7 menawarkan pengalaman Google dengan perkhidmatan seperti Google Search, Gmail, YouTube, Google Drive dan Google+ Hangouts bagi sembang video beramai serta akses kepada aplikasi dan kandungan digital melalui Google Play.

Ciri menarik HP Slate 7

“Untuk memenuhi minat pengguna dan perniagaan terhadap tablet, HP akan menawarkan beberapa faktor bentuk dan memanfaatkan beberapa sistem operasi,” kata Serena Yong, Pengurus Besar Sistem Percetakan dan Peribadi, HP Singapore. Antara lain, HP Slate 7 merangkumi kamera 3-megapixel selain kamera VGA di hadapan bagi sembang, video dan foto. HP Slate 7 yang boleh didapati dalam warna merah atau perak mempunyai rangka keluli tahan karat.

Dengan aplikasi HP ePrint, pelanggan boleh mencetak dengan mudah sama ada di rumah atau di mana sahaja, dan satu keupayaan percetakan eksklusif membolehkan pelanggan mencetak secara terus dari kebanyakan aplikasi. Satu USB port mikro membolehkan pelanggan memindahkan fail dengan mudah.

HP Slate7 dijangka dipasarkan di Singapura mulai 6 Jun di semua cawangan runcit utama dan di HP Online Store pada harga runcit S$249. Maklumat tambahan tentang HP Slate 7 boleh didapati di www.hpshopping.com.sg.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *