Taipei: Google yakin dengan penambahan beberapa aspek baru dalam aplikasi bantuan peribadi, Google Now mampu memberi lebih banyak manfaat kepada pengguna enjin carian itu.
Pertambahan penggunaan tablet yang disambungkan ke Internet tanpa wayar (WiFi) oleh kakitangan perkhidmatan jualan dan akses untuk pelanggan menambahkan lagi kerumitan terhadap keselamatan rangkaian bagi peniaga di Malaysia.
LONDON: Berjuta-juta emel sudah dihantar kepada pemilik komputer yang juga pelanggan bank di Britain bertujuan melepaskan virus untuk melumpuhkan sistem komputer dan menuntut wang jika mereka mahu terminal kembali pulih.
SYARIKAT penyedia khidmat telekomunikasi Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan peningkatan hasil dan keuntungan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sebahagian besarnya didorong penggunaan internet mudah alih dan data yang meningkat sebanyak 14.6 peratus.
Singapura: Lima lelaki tempatan ditahan atas dakwaan menceroboh laman web Presiden dan Perdana Menteri Singapura ketika beberapa serangan siber melanda republik itu.
WECHAT, aplikasi komunikasi sosial mudah alih di bawah Tencent International Business Group, menjangka melancarkan pusat permainan komputernya yang pertama di Malaysia atas platform WeChat menjelang akhir tahun.
Kuala Lumpur: Industri perdagangan elektronik (e-dagang) negara dijangka mencatatkan transaksi RM1.7 bilion menjelang 2017 berbanding RM850 juta pada tahun lalu dibantu faktor penerokaan segmen mudah alih kian meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini.
San Francisco: Apple Inc (AAPL) dikatakan sedang membangunkan model baru iPhone 6 dengan rekaan cermin lebih besar yang melengkung, yang boleh mengesan tahap tekanan berbeza.
KUALA LUMPUR 10 Nov. – Kerajaan wajar menggubal undang-undang baharu bagi mengawal serta menapis isi kandungan dalam internet dan menghentikan akses kepada laman web yang tidak bermanfaat.
Singapura: Pihak berkuasa Singapura menyiasat kejadian menceroboh laman web Perdana Menteri, Lee Hsien Loong malam semalam, sehari selepas beliau berkata akan menjejaki sebuah kumpulan yang mengumumkan rancangan untuk menggodam portal kerajaan.