Kuala Lumpur: Industri perdagangan elektronik (e-dagang) negara dijangka mencatatkan transaksi RM1.7 bilion menjelang 2017 berbanding RM850 juta pada tahun lalu dibantu faktor penerokaan segmen mudah alih kian meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] transaksi e-dagang

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping Malaysia (Rakuten) Masayo Ueno berkata, jumlah transaksi itu tidak merangkumi penyertaan daripada golongan segmen Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang dilihat masih rendah.

Expo Rakuten

“Kami yakin apabila 70 peratus usahawan PKS membabitkan diri dalam perniagaan e-dagang maka jumlah itu akan dapat dicapai dalam masa ditetapkan,” katanya sempena Expo Rakuten 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis itu menyaksikan Rakuten mengadakan perbincangan dengan pemain industri seperti Packet One Networks (P1), Google, Berjaya Books dan iPay88 bagi mencari kaedah bagi meningkatkan industri e-dagang negara.
Beliau berkata, Rakuten selaku peneraju perkhidmatan Internet global optimis transaksi itu akan membantu syarikat dalam mencatatkan pertumbuhan empat peratus tahun ke tahun sehingga 2017.

Menurutnya, kuasa beli pengguna di Malaysia yang bernilai RM124,000 (AS$40, 0000) dijangka turut menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan syarikat dari masa ke semasa. “Kami kini memasarkan 50,000 produk tempatan daripada 130 syarikat dalam pelbagai kategori termasuk elektronik, komputer, kesihatan, fesyen dan barang kemas,” katanya.

Rakuten kini mempunyai tiga cawangan di rantau Asia seperti Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Thailand serta bakal membuka cawangan di Singapura pada suku pertama tahun depan. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?