Singapura: Pihak berkuasa Singapura menyiasat kejadian menceroboh laman web Perdana Menteri, Lee Hsien Loong malam semalam, sehari selepas beliau berkata akan menjejaki sebuah kumpulan yang mengumumkan rancangan untuk menggodam portal kerajaan.
[adsenseyu6] | ![]() |
Laman bagi pencarian sesawang Pejabat Perdana Menteri itu ‘terjejas’ pada jam 11.17 malam kelmarin, kata pihak berkuasa internet dan telefon dalam kenyataan semalam.
“Ia dieksploitasi untuk memaparkan laman dari sumber lain,” kata Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm dalam satu kenyataan. “Laman web utama PMO masih berfungsi dan kami berusaha untuk mengembalikan laman yang terjejas itu.”
Pihak Berkuasa Pembangunan Infokom (IDA) dalam satu e-mel berkata halaman kecil bagi pencarian laman web Istana, yang menjadi portal utama presiden juga terjejas pada 12.20 malam. Pihak berkuasa berusaha untuk mengukuhkan laman web kerajaan, katanya.
Serangan siber terhadap laman web Singapura adalah sebahagian daripada tindakan kumpulan Anonymous minggu lalu yang melakukannya di seluruh Asia Tenggara.
Anonymous Filipina berkata, ia memecah masuk 115 laman web kerajaan sebelum satu demonstrasi pada 5 November di luar kongres di Bandaraya Quezon sebagai sebahagian daripada ‘Million Mask March’ sempena hari Guy Fawkes di United Kingdom bagi membantah rasuah dan penapisan.
Anonymous Hackers
Topeng Fawkes yang cuba meletupkan Parlimen Inggeris pada kurun ke-17 menjadi simbol kepada pergerakan itu. Tiada laporan mengenai kejadian menceroboh laman web kerajaan Singapura ketika itu dan Lee dalam satu kiriman di Facebook Parti Tindakan Rakyat pada 6 November menyifatkan ancaman itu sebagai ‘amat serius.’
“Kita akan cuba untuk menjejaki pelakunya,” kata Lee dalam kiriman terbabit. “Jika kita boleh mencari beliau, kita akan bawanya ke pengadilan dan akan dikenakan hukuman yang berat. Anda boleh fikirkan anda tidak dikenali tetapi kami akan meningkatkan usaha untuk mencari di mana anda.”
Satu laman web dimiliki penyiar akhbar terbesar bandaraya itu terjejas sementara awal minggu ini selepas digondam pada 1 November.
Satu video dimuatkan dalam laman YouTube minggu lalu menunjukkan seorang lelaki memakai topeng Guy Fawkes mengancam melakukan serangan siber terhadap kerajaan bagi membantah peraturan terhadap internet. -AGENSI
ejoeSolutions 5 lelaki ditahan kerana menggodam » ejoeSolutions
14/11/2013[…] Lima lelaki tempatan ditahan atas dakwaan menceroboh laman web Presiden dan Perdana Menteri Singapura ketika beberapa serangan siber melanda republik […]