WordPress adalah sebuah perisian yang digunakan untuk membina laman web dan blog. Terdapat banyak lagi perisian lain seperti Joomla, Drupal dan sebagainya yang terdapat pada masa ini, tetapi WordPress adalah antara yang terbaik dan meluas digunakan.
Ramai yang menyangka WordPress hanya untuk Blog tapi, dengan antaramuka pengguna yang mudah, Themes, Plugins dan Widgets, anda boleh menjadikan laman web berfungsi dengan lebih baik dan berguna untuk membuat laman web peribadi, korporat atau laman e-commerce!
WordPress dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL. Versi terbaru WordPress adalah versi 3.2
WordPress memberi pilihan kepada pengguna samada untuk menggunakan hosting percuma di WordPress.com atau perkhidmatan hosting berbayar.
Jika pengguna ingin menggunakan hosting berbayar, mereka hanya perlu muat turun WordPress versi terbaru di WordPress.org dan install di hosting masing-masing.
WordPress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software WordPress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di WordPress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.
RM170 RM120 (Bawa laptop sendiri)
RM200 RM150 (Tanpa laptop, ejoeSolutions sediakan laptop untuk peserta)
Sila rujuk Jadual Kursus terbaru kami di Menu Kalendar
* Laptop : You will need to bring your own laptop for hands-on practice and case study.
** Internet : Wireless internet access will be provided.
*** Accommodation & Transport : Details of local accomodation and transport can be found here.
Comments