ejoeSolutions » ICT Training » Joomla Training
Joomla Training

Pengenalan Kepada Joomla

Anda sudah biasa menggunakan perisian pejabat seperti Microsoft Office. Anda mungkin menggunakan Templates sebagai panduan dalam penulisan teks di Microsoft Word, atau anda mungkin menggunakan Templates untuk membuat kad jemputan di Microsoft Publisher dan sebagainya. Templates dalam perisian-perisian tadi memudahkan kerja anda, di mana anda hanya perlu mengubahsuai isi kandungan pada template karangan atau templates kad jemputan yang tersedia dengan format yang tepat dan menarik.

Konsep inilah digunakan dalam aplikasi Web CMS Open Source, dimana anda hanya perlu selenggara, menambah, mengarang teks, mengedit, menyusun, meletak imaj, menambah grafik, audio dan sebagainya ke dalam hosting yang mempublishkan laman web anda. Bezanya cuma aplikasi Web CMS ini adalah Open Source atau Sumber Terbuka yang boleh bebas dimiliki dan digunakan di bawah lesen GPL atau GNU. Ia berfungsi sebagai sebuah laman web sama ada secara online atau offline, memaparkan fail-fail hypertext anda dan boleh dilayari pengguna menggunakan pelayar internet seperti Internet Explorer, Netscape, Opera dan sebagainya.

Dalam keluarga aplikasi Web CMS Opensource, kita akan bertemu dengan pelbagai fungsi CMS sama ada sebagai portal, blog, e-commerce, groupware, forum, e-learning, image galleries, wiki, lite dan miscellaneous. Portal menurut Encyclodictionalmanacapedia ( www.answers.com ) ialah “a doorway, entrance, or gate, especially one that is large and imposing”, atau boleh dijelaskan sebagai satu gerbang himpunan maklumat (pustaka artikel) dalam bentuk hypertext. Sebagai gerbang atau pustaka himpunan maklumat, portal adalah hentian setempat (one stop) kepada pengunjung untuk mengakses data, artikel, berita, informasi, grafik, audia, video dan segala dokumen-dokumen secara talian (online).

CMS Portal pula terdiri dari berpuluh-puluh jenis dan macam. Ada yang dibina dengan php, asp, pearl dan sebagainya. Ada yang berdiri dengan sokongan pangkalan data sama ada MySQL, MS SQL, Oracle, DB2 dan sebagainya. Antara CMS Portal yang popular dan ramai penggunanya ialah Joomla, Mambo, Drupal, e107, FlushCMS, Ovidentia, PHP-Nuke, phpwCMS, phpSlash, PHPX, PostNuke, PlumeCMS, Typo3, Xaraya dan XOOPS. Antara banyak-banyak CMS Portal yang wujud di dunia teknologi hari ini, kita telah memilih Joomla.

Joomla! Mudah disebut, seakan-akan bahasa melayu, sebenarnya joomla adalah perkataan dari bahasa Swahili, juga dikenali sebagai bahasa Bantu yang dituturkan di Tanzania, Kenya, Uganda dan Congo. Joomla yang mereka tuturkan membawa maksud yang sama seperti “jom la” dalam bahasa melayu yang bermaksud mengajar bersama-sama. Joomla! Dalam bahasa Swahili diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “all together” atau “as a whole”. (Rujukan Encyclodictionalmanacapedia (www.answers.com))

Secara konsepnya, dalam CMS Joomla, sistem portal yang digunakan mengabungkan semua komponen dan modul untuk memantapkan keupayaan keseluruhan aplikasi Joomla tersebut. Disamping itu, Joomla juga sangat mesra pengguna “user friendly” menyebabkannya terpilih antara lima CMS terbaik untuk tahun 2006 anjuran Packt Open Source CMS Award. Antara lima CMS tersebut (Joomla, Drupal, e107, Plone dan Xoops) hanya satu akan dinobatkan sebagai CMS terbaik untuk tahun 2006. Ini bermakna Joomla adalah antara satu dari lima CMS terbaik dari semua CMS (lebih 100 CMS Opensource).

Sejarah Joomla

Sebuah Syarikat dari Australia, Miro (http://www.miro.com.au) telah membangunkan CMS yang diberi nama Mambo pada tahun 2001. Mambo adalah perisian sumber terbuka (open-source software).

Pada tahun 2002, Miro telah membahagikan produk Mambo kepada versi komersial & versi sumber terbuka (Open Source). Versi komersial dipanggil Mambo CMS dan versi terbuka dipanggil Mambo Open Source (MOS). Pada akhir 2004 mereka mereka bersetuju MOS mesti dipanggil sebagai Mambo.

Akhirnya pada tahun 2005 sepasukan pembangun Mambo telah berpecah dan membentuk Joomla.

Struktur Web Content management System (WCMS)

  • Front End and Back End - Front End ialah website yang dapat dilihat oleh pelawat & pengguna berdaftar manakala Back End mengandungi bahagian admin
  • Access Rights - Setiap category pengguna mempunyai akses yang berbeza. Antara category pengguna ialah registered user, ‘author’, ‘editor’ & juga Administrator.
  • Content - Content terdiri daripdada text, form, picture, link dan sebagainya.
  • Extensions - Component, modules, templates & plugin adalah contoh Extensions yang merupakan fungsi tambahan dalam joomla.
  • Components - Merupakan fungsi tambahan Joomla. Contoh Components adalah seperti Online Shop, Forum, Picture Gallery dan sebagainya.
  • Templates - Templates adalah rekabentuk (design) bagi web joomla. Terdiri daripada Font, Color, Background dan sebagainya.
  • Plug-Ins - Kod tambahan yang digunakan untuk untuk mengubah fungsi didalam joomla.
  • Configuration Settings - Setting/tetapan bagi keseluruhan web Joomla.

Versi Joomla

  • Versi 1.0
  • Versi 1.5
  • Versi 1.6
  • Versi 1.7

Ciri-ciri Joomla

  • Free source code
  • A large and eager community of users and developers
  • Simple workflow system
  • Publishing system for contents
  • File manager for uploading and administering files
  • Content summaries in RSS format
  • Trash can for deleted content
  • Search-engine-friendly URLs
  • Banner management
  • Multilingualism for website and administration interface
  • Administration interface that is separated from the website
  • Macro language for content (plug-ins)
  • Caching mechanism to secure fast page creation with popular sites
  • Simple installation of additional extensions
  • Powerful template system (HTML, CSS, PHP)
  • Hierarchical user groups
  • Simple visitor statistics
  • WYSIWYG editor for content
  • Simple polling
  • Rating system for content

Silibus Kursus Joomla 1.7

  • Pengenalan Kepada Joomla
  • Install
  • Penjelajahan Web Baru Anda
  • Joomla Administrator
  • Pengguna Laman
  • Upload Ke Server

Harga Promosi

Rm170 RM120 (Bawa laptop sendiri)
RM200 RM150 (Tanpa laptop, ejoeSolutions sediakan laptop untuk peserta)

Muat Turun Brochure Joomla

Download Brochure

Kursus Terbaru

Sila rujuk Jadual Kursus terbaru kami di Menu Kalendar

daftar-sekarang

* Laptop : You will need to bring your own laptop for hands-on practice and case study.
** Internet : Wireless internet access will be provided.
*** Accommodation & Transport : Details of local accomodation and transport can be found here.


Incoming search terms:


Comments