KUALA LUMPUR 27 Sept. — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan bungkusan yang semakin berleluasa melalui Internet.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] penipuan bungkusan internet

PDRM dalam satu kenyataan di laman Facebook, hari ini menjelaskan modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, e-mel dan laman sembang dalam tempoh satu hingga empat bulan.

Setelah persahabatan terjalin, anggota sindiket kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa bungkusan telah dihantar kepadanya sebagai barangan hadiah.

Bungkusan itu dikatakan mengandungi barang perhiasaan, wang, emas dan disusuli dengan kiriman resit penghantaran melalui e-mel kepada mangsa.

Bungkusan ditahan Kastam Malaysia

Menurut PDRM, mangsa kemudian akan dimaklumkan oleh sindiket bahawa bungkusan berkenaan ditahan oleh Kastam Malaysia.

“Mangsa diminta menjelaskan beberapa bayaran kepada Kastam dan syarikat ejen dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang akan diberikan oleh sindiket bagi tujuan menuntut bungkusan tersebut.

“Mangsa yang terpedaya hanya sedar ditipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut,” kata PDRM.

Justeru itu PDRM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet dan mengelak daripada menjadi mangsa kepada penipuan jenayah siber itu. — Bernama

admin
admin

3 Comments

  1. umie
    18/05/2015

    mcm mn nak kenakn sendiket ni..sbb skrg ni sy tengah berkenalan dgn konon nya mat salleh..skrg dia kirimkn hadiah utk saya..mcm mn perangkap org ni..?

  2. admin
    15/06/2015

    Ya perangkap, jangan tertipu. Lepas ni ada yang akan telefon bagitau suruh masukkdan duit sebab tak lepas kastam

  3. aida
    21/06/2015

    Saya juga terkena dengan sendiket ni..sebulan lepas slps berkenalan dgn seseorang dari fb..saya bernasib baik kerana tersedar apabila dia ingin nenghantar hadiah yang berharga sedangkan kami tidak mengenali satu sama lain hanya melalui chating di fb massenger.tampa nembuat sebarang bayaran saya terus memarahinya dan dia telah block page saya.semantara orang kedua masih follow up utk meminta bayaran penebusan..saya tidak indahkan pangilan.

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *