
Facebook telah menjadi satu fenomena baru bukan sahaja kepada pengguna biasa, artis, ahli politik tetapi juga komuniti korporat seperti KWSP juga menggunakan perkhidmatan ini untuk mendekati para pelanggan mereka sama seperti facebook ejoeSolutions yang diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu. Ia menjadi medium penting untuk berkomunikasi & berkongsi maklumat dengan ahli.
Sehingga kini terdapat lebih 500 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan lebih 3 juta pengguna di Malaysia. Bilangan ini pastinya meningkat secara mendadak dari hari ke hari dengan perkhidmatan nilai tambah seperti online games, applications dan sebagainya.
Walaupon banyak faedah dan kebaikan daripada perkhidmatan laman sosial facebook, terdapat jugak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasi penggunaanya dengan menyamar atau melemparkan fitnah kepada pihak-pihak lain. Tidak terlepas Tengku Mahkota Johor dimana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai TMJ dalam facebook.
Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.
Comments