Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi menampilkan perkembangan terkini dalam kegiatan kempen pilihan raya iaitu penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT).
Laman sosial Facebook telah menjadi satu fenomena baru bukan sahaja kepada pengguna biasa, artis, ahli politik tetapi juga komuniti korporat seperti KWSP juga menggunakan perkhidmatan ini untuk mendekati para pelanggan mereka sama seperti facebook ejoeSolutions yang diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu. Ia menjadi medium penting untuk berkomunikasi & berkongsi maklumat dengan ahli.