Promosi Pembukaan RM100 untuk bilik training! Sila klik disini.

Client Area

sales@ejoesolutions.com Client Login

sales@ejoesolutions.com | Client Login
ejoeSolutions
  • Home
  • Web Design
    • Corporate Website
    • e-Commerce
    • Web Based System
    • Sample Design
    • Web Design Packages
  • Web Hosting
    • Personal Hosting
    • Small Business Hosting
    • Business Hosting
    • Premium Hosting
    • Plan Comparison
    • Data Center
    • Domain Name
  • ICT Training
    • WordPress Training
    • Joomla Training
    • Adobe Photoshop Training
    • Adobe Premiere Training
    • FileMaker Training
    • Gallery
    • Calendar
    • Training Facilities For Rent
  • Co-Working
  • About
    • About ejoeSolutions
    • Awards
    • Press Release
    • Our Clients
    • Partners
    • Community Service
  • Blog
    • News
    • Tips & Info
    • Promotions
    • Jawatan Kosong
    • Top 10
  • Contact Us
  • Home
  • Web Design
    • Corporate Website
    • e-Commerce
    • Web Based System
    • Sample Design
    • Web Design Packages
  • Web Hosting
    • Personal Hosting
    • Small Business Hosting
    • Business Hosting
    • Premium Hosting
    • Plan Comparison
    • Data Center
    • Domain Name
  • ICT Training
    • WordPress Training
    • Joomla Training
    • Adobe Photoshop Training
    • Adobe Premiere Training
    • FileMaker Training
    • Gallery
    • Calendar
    • Training Facilities For Rent
  • Co-Working
  • About
    • About ejoeSolutions
    • Awards
    • Press Release
    • Our Clients
    • Partners
    • Community Service
  • Blog
    • News
    • Tips & Info
    • Promotions
    • Jawatan Kosong
    • Top 10
  • Contact Us

Laman sosial medium pengiklan efektif

ejoeSolutions > Blog > Tips & Info > Laman sosial medium pengiklan efektif

Laman sosial medium pengiklan efektif

Aug 13, 2013adminTips & Info0 Comment

KUALA LUMPUR – Laman sosial bukan sahaja menjadi medium masyarakat untuk berkomunikasi malah ramai usahawan kini menggunakannya untuk memasarkan produk mereka secara efektik, jimat dan murah.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] laman sosial

Maklumat di hujung jari ini mendorong usahawan muda yang cepat menguasai bidang teknologi maklumat (IT) untuk menggunakan laman sosial sebagai medium mengembangkan perniagaan dengan mempromosi barangan jualan di laman sosial.

Pemasaran melalui media sosial

Antara laman sosial yang menjadi pilihan usahawan muda bagi tujuan mempromosi produk ialah Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan Blogspot.

Laman sosial itu menjadi medium strategi pemasaran memandangkan tiada kos yang perlu dikeluarkan jika dibandingkan dengan strategi menggunakan misalnya brosur, risalah dan kain rentang sebelum ini.

Medium itu kini dimanfaatkan usahawan termasuk artis yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada usia masih muda dengan pengetahuan IT yang berada pada tahap memberangsangkan.

Pengurus program Femes Bazaar, Yusmarul Ariff Khusni berkata susulan pemasaran melalui media sosial, beliau cuba mengetengahkan usahawan muda termasuk artis melalui Femes Bazaar sebagai platform memajukan lagi perniagaan mereka.

Bazar itu malah menjadi pusat sehenti bagi pelanggan mendapatkan barangan seperti pakaian, kasut, lukisan dan biskut raya.

“Idea penubuhan bazar ini tercetus apabila saya dapati adanya jurang antara artis dan peminat. Jadi apabila ada artis yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan, saya terfikir untuk mengadakan bazar ini sebagai tempat penyatuan perniagaan antara artis dan usahawan muda.

“Femes Bazaar telah diadakan selama empat kali bermula di Rasta, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Disember lepas, kemudian dibuka semasa Himpunan Jutaan Belia 2013 di Putrajaya dan kini dibuka kembali di Rasta,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di bazar itu di sini, baru-baru ini.

Katanya rata-rata usahawan muda yang menyertai bazar itu merupakan mereka yang berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun dan ada yang telah lama menjalankan perniagaan secara dalam talian malah menggunakan hasil keuntungan jualan untuk menampung kos pengajian mereka.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Yusmarul Ariff berkata beliau menyimpan hasrat untuk menyatukan beberapa penganjur bazar di satu lokasi, umpamanya festival bazar generasi muda yang membuka ruang serta peluang besar kepada usahawan muda untuk melebarkan lagi sayap perniagaan mereka.

“Kami sudah sediakan platform untuk mempromosi produk mereka (usahawan), selebihnya terserah kepada mereka bagaimana mahu menarik pelanggan,” katanya sambil menambah bahawa setiap siri bazar diadakan selama dua hari.

Terbaharu, bazar yang dibuka pukul 10 pagi hingga 5 petang di Rasta, TTDI itu mampu menampung penyertaan 49 gerai usahawan muda termasuk beberapa artis muda tempatan seperti Nabila Huda, Ainul Aishah, Azza Elite, Julia Ziegler dan Zahiril Adzim.

Sementara itu, Ariana Suhantoro, 23, bekas pelajar jurusan Perakaunan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta berkata beliau menceburkan diri dalam perniagaan pakaian secara dalam talian sejak lima tahun lepas semasa masih menuntut di pusat pengajian itu.

“Sokongan keluarga dan suami membawa saya hingga ke tahap ini selain kemudahan IT yang menjimatkan kos untuk tujuan promosi. Hasil keuntungan perniagaan dalam talian ini juga digunakan untuk menampung kos pengajian saya sebelum ini,” katanya.

Anak gadis berusia 21 tahun, Nurul Afifah Husna Razali berkata penglibatan beliau ke dunia perniagaan pakaian dan kasut bermula empat tahun lepas selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.

“Saya kemudian mereka sendiri kasut mengikut tempahan pelanggan setelah mendapati perniagaan pakaian amat sengit sekali,” katanya yang menyimpan hasrat untuk meluaskan pasaran produknya ke negeri lain.

Pelakon berusia 28 tahun yang mencipta nama melalui filem ‘Nana Tanjung’, Ainul Aishah Azizun mula membuat biskut sekadar hobi dengan mempelajari cara pembuatannya di YouTube namun apabila rakannya mencuba kuih hasil air tangan Ainul, mereka mencadangkan agar beliau memasarkan produknya itu.

“Saya nampak bisnes ini ada potensi, saya tidak akan berhenti di sini sahaja kerana peluangnya besar di hadapan saya,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Seorang lagi pelakon, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mukhtar, 29, pula pada mulanya membantu perniagaan pakaian wanita milik isterinya namun kini beliau mula menambah koleksi pakaian lelaki jenama ‘Marsvenus’.

Katanya, beliau tidak menganggap kerjaya sebagai artis akan melonjakkan perniagaannya tetapi yakin bahawa barangan berkualiti mampu menarik pelanggan untuk datang ke gerai beliau. – Bernama

Tags: laman sosial,  like facebook,  medium pengiklanan,  tambah facebook like,  usahawan internet,  usahawan muda,  usahawan online

Written by admin

ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

You might also like

  • Nurmuslim Portal diskusi Muslimin
  • Usahawan muslim digesa bina jaringan kerjasama
  • DPMM Kelantan sasar lahir 10,000 usahawan muda
  • Usahawan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

← Platform Inovasi Terbuka Mimos Bantu Kembangkan Industri ICT
Pertandingan Inovasi dan Rekacipta – Inovasi Pengerak Transformasi →

Video Korporat ejoeSolutions

Contact Info

ejoeSolutions (KT0221461-P)
PT 400 Tingkat 2, Seksyen 7, (Sebelah Tesco) Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu Kelantan.


Url : http://www.ejoesolutions.com
Email (Sales) : sales[@]ejoesolutions.com
Email (Technical) : support[@]ejoesolutions.com
Email (Career) : career[@]ejoesolutions.com
Tel : 09.7430977
Fax : 09.7414372
WhatsApp : 010.900EJOE (3703)

Office Hour
Sat – Thu 9:00 am – 5:00 pm
Friday Closed

ejoeSolutions adalah satu-satunya Syarikat Hosting & Web Design yang mempunyai pejabat tetap di Kota Bharu Kelantan.

ejoeSolutions
PT 400 Tingkat 2, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu Kelantan.

09.7405096
sales@ejoesolutions.com

Services

  • Web Design
  • Web Based System
  • Web Hosting
  • Domain Name Registration
  • ICT Training
  • Training Facilities For Rent
  • Virtual Office
  • Design & Marketing Services

Peralatan untuk disewa

  • Sewa Bilik Training
  • Sewa PC / Sewa Laptop
  • Sewa Projektor
  • Sewa Kereta Kota Bharu

GPS Tracker

  • GIMANO GPS Tracker

Sistem

  • SisEmas
  • SisKop
  • Khairat
  • Ksewa
  • JomStep