Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan penjualan haram notebook 1Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] notebook 1malaysia

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata sesetengah unit notebook itu didapati di kedai-kedai komputer di kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur.

Pelajar jual Notebook 1 Malaysia

“Kita serius dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa ada dakwaan pelajar menjual komputer di bawah Program Komputer 1Malaysia yang diberikan percuma oleh kerajaan,” kata Salang kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Pakan tahunan di Pekan malam tadi.

Komputer itu diberikan secara percuma kepada kumpulan sasar keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar berdasarkan nisbah yang ditetapkan.

Salang berkata kemungkinan komputer itu bukan dijual dengan sengaja tetapi telah dicuri dan kemudian dijual dan jika ini berlaku, perkara tersebut sangat serius dan hendaklah diberhentikan.

Beliau mengingatkan pembeli notebook itu bahawa mereka boleh didakwa kerana menyimpan barang curi atau kerana memiliki barang kepunyaan kerajaan secara haram.

Katanya kerajaan telah mengedarkan sejuta unit komputer itu kepada pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan sesetengah pemimpin msyarakat di seluruh negara bertujuan membolehkan mereka akses pada internet.

Sebanyak 300,000 unit lagi dijangka diedarkan sebelum akhir tahun ini, kata Salang. Pemberian komputer ini akan membantu pelajar dalam proses pendidikan menerusi internet dan untuk urusan pengurusan bagi pemimpin masyarakat, tambah beliau.

Berucap ketika merasmikan Pesta Pakan, beliau berharap agar pertandingan tradisi lisan Iban seperti beremban, berbiau, berpantun dan gendang papat diadakan bagi memperkenalkannya kepada generasi akan datang.–Bernama

admin
admin

2 Comments

  1. SKMM Lancarkan broadband.my pada NBI « ejoeSolutions
    30/10/2010

    […] 1. NBI overview 2. Broadband.my 3. Request for Quotation (RFQ) for the participation in SKMM National Broadband Initiative (NBI) 1Million Netbook Initiative (Only for Netbook Manufacturers & Antivirus Direct Principals) 4. National Broadband Initiative: SKMM allocates One Million 1Malaysia Netbooks for Distribution […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *