JELI 7 Nov. – Pelajar sekolah di Kelantan akan menerima 10,000 netbook menerusi fasa pertama Program Pemberian Netbook 1Malaysia di negeri itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan penjualan haram notebook 1Malaysia.