KEGHAIRAHAN terhadap model telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note menyaksikan ramai peminat telefon berkenaan sanggup beratur seawal jam 5.30 pagi semalam di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur untuk menjadi antara individu pertama yang memilikinya di Asia Tenggara.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] samsung galaxy note


Ini menyebabkan pintu gerai jualan telefon bersaiz 5.3 inci yang sepatutnya dibuka pada jam 11 pagi terpaksa diawalkan setengah jam berikutan kehadiran lebih 200 orang yang berebut-rebut untuk mendapatkannya. Kehadiran orang ramai di pusat beli-belah itu susulan iklan di akhbar bahawa Samsung menawarkan 100 pembeli pertama produk itu akan menerima kasing percuma yang disalut kemasan kristal Swarovski.

Pembeli Samsung Galaxy Note berpuas hati

Ahli perniagaan, Jacky Chew, 44, yang diiktiraf pembeli ke-100 samsung galaxy note berpuas hati dengan pembeliannya yang berbaloi walaupun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya sebelum tiba di pusat beli-belah itu.

“Saya ingat sudah lambat untuk mendapatkan kasing itu tapi nasib saya baik,” katanya yang menganggap produk Samsung sesuai dengan kehidupan sehariannya yang sibuk.

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Permintaan phablet menggalakkan - ejoeSolutions
    26/07/2013

    […] pada Samsung Electronics Co Ltd membuka laluan dengan peranti Galaxy Note keluarannya, kini pengeluar lain turut sama mengejar. Pada Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *