SAMSUNG Malaysia Electronics memperhebatkan jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi kedua yang mula diperkenalkan di Asia terlebih dulu termasuk Malaysia semalam.
KEGHAIRAHAN terhadap model telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note menyaksikan ramai peminat telefon berkenaan sanggup beratur seawal jam 5.30 pagi semalam di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur untuk menjadi antara individu pertama yang memilikinya di Asia Tenggara.