MUAR – Gara-gara mempercayai rakan Facebook, seorang jurufoto wanita terpaksa menanggung kerugian RM 20,000 akibat ‘termakan’ kata-kata manis rakan facebook yang baru dikenalinya itu.
[adsenseyu6] | ![]() |
Dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook.
Lelaki terbabit bergitu licik dengan hanya memperkenalkan identitinya sebagai Dr Farouk iaitu merupakan seorang lelaki Inggeris dari United Kindom dan turut menggunakan gambar sebagai lelaki kacak pada laman Facebooknya.
Taktik itu berjaya memperdayakan mangsa dan sejak berkenalan mereka sering berbual bersama melalui laman Facebook.
Hantar barangan berharga untuk rakan facebook
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, setelah enam hari berkenalan, suspek menghubungi mangsa dan menyatakan ingin menghantar barangan berharga kepadanya berupa telefon bimbit iPhone 4, komputer riba serta wang tunai US Dollar.
Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan menerima barangan itu tetapi suspek tetap mendesaknya agar menerima barangan itu atas dasar persahabatan. -sinar harian