LONDON: Beberapa negara sudahpun menggunakan teknik perang siber untuk menyerang satu sama lain dan pengawasan sepanjang masa diperlukan untuk melindungi sistem komputer, kata ketua sebuah agensi pengintipan komunikasi Britain.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengarah Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ), Iain Lobban berkata, kerajaan Britain menjadi sasaran 1,000 kali setiap bulan.
“Ruang siber menjadi rebutan setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat,” kata Lobban ketika berucap di satu majlis di London, semalam. “Internet membuka ruang lebih luas kepada dunia perisikan.
“Perluasannya meningkatkan ancaman gangguan terhadap infrastruktur seperti stesen tenaga dan perkhidmatan kewangan. “Ancaman itu benar-benar wujud,” katanya.
GCHQ ialah sebuah agensi yang menjalankan operasi mengintip secara berleluasa, sama seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan di Amerika Syarikat. Ahli politik dan ketua bahagian pengintipan di Britain dan seluruh dunia sudah diberi amaran mengenai ancaman siber yang semakin menjadi-jadi itu.
Isu itu mula mendapat perhatian bulan lalu apabila pakar keselamatan berkata, cecacing komputer Stuxnet yang sistem komputer yang digunakan secara meluas oleh industri mungkin direka oleh sebuah negara untuk menyerang kemudahan nuklear di Iran. – Reuters