LAS VEGAS: Satu kumpulan Penggodam mendakwa “merosakkan dan menghapuskan” banyak laman web agensi polis Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas susulan penahanan rakan seperjuangannya yang dituduh menggodam laman web Pusat Agensi Risikan (CIA), Agensi Jenayah Britain SOCA dan Sony.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] perang siber

Kumpulan yang dikenali sebagai AntiSec (Anti-Security) dalam kenyataan di dalam talian, berkata pihaknya mengesahkan dakwaan yang dibuat dengan mengedarkan maklumat yang berjaya diambil daripada 70 agensi polis tempatan ketika serangan siber.

“Kami mengedarkan sejumlah besar maklumat sulit yang pastinya memalukan, menimbulkan kesangsian dan membukti bahawa mereka (polis) bersalah di sekitar AS,” kata satu pesanan daripada kumpulan berkenaan.

“Tindakan ini diambil atas semangat perjuangan terhadap defendan Topiary dan Anonymous PayPal LOIC, serta banduan politik yang lain yang terpaksa berdepan dengan sistem mahkamah yang rosak,” katanya lagi.

Awal minggu ini, banduan politik iaitu remaja berusia 18 tahun warga Britain, Jack Davis dipercayai penggodam dengan nama dalam talian “Topiary” dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah London. – AFP

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *