SAN FRANCISCO: Penggodam sudah memiliki senjata baru yang berkelajuan tinggi untuk tujuan menggodam dan memusnahkan sistem perisian komputer dengan menyasarkan telefon pintar, tablet dan komputer Macintosh, kebanyakannya dilancarkan dari Amerika Syarikat.
MELAKA: Bermodalkan kepakaran menggodam Internet, penyamun online dipercayai mengaut keuntungan kira-kira RM500,000 dalam tempoh dua bulan daripada sebuah syarikat pengeluar jubin apabila dapat memintas urusan perbualan syarikat itu bersama pelanggannya dalam Internet.
WASHINGTON – Kumpulan hackers antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).
MIAMI: Seorang penggodam komputer yang didakwa menggodam akaun e-mel bintang Hollywood termasuk Scarlett Johansson meminta maaf dan berkata dia merancang untuk mengaku bersalah atas semua tuduhan. Christopher Chaney, 35, berdepan hukuman penjara 121 tahun selepas ditahan di Florida kelmarin berikutan penyiasatan selama 11 bulan mendapati dia menggodam kira-kira 50 mangsa termasuk aktres Christina Aguilera dan […]
LOS ANGELES: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiasat sekumpulan penggodam yang dipercayai mencuri gambar daripada telefon bimbit ak-tres Scarlett Johansson tetapi siasatan itu bermula sebelum gambar bogelnya disebarkan.
LAS VEGAS: Satu kumpulan Penggodam mendakwa “merosakkan dan menghapuskan” banyak laman web agensi polis Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas susulan penahanan rakan seperjuangannya yang dituduh menggodam laman web Pusat Agensi Risikan (CIA), Agensi Jenayah Britain SOCA dan Sony.
Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.