Pada Seminar Keusahawanan ICT Kelantan yang bertempat di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, peserta didedahkan dengan peluang membangunkan aplikasi iPhone dan Android dibawah program Icon 2. Seminar tersebut adalah anjuran MDEC dengan kerjasama ICT Incubator Centre dan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Kelantan.
Icon 2 ialah satu program dibawah MSC bagi melatih individu, kumpulan atau syarikat yang berminat membangunkan applikasi iOS (iphone, ipad) dan Android. Program ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak bankrup. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai idea untuk membangunkan applikasi Android atau Iphone, tetapi belum mengetahui cara-caranya, bolehlah memohon untuk menyertai Icon 2.
Icon 2 ialah kursus selama 5 hari berturut-turut, peserta akan dibantu untuk membeli development tool, coaching dan mentoring. Selain online placement fees turut dibantu. Peserta perlu membayar RM500 commitment fee. Maksudnya, RM500 akan dipulangkan selepas tamat kursus. MDec menyeru warga Kelantan merebut peluang ini dan mengetengahkan idea-idea yang bernas untuk aplikasi iphone ini.
Pada program itu juga, peserta didedahkan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ICT Incubator yang merupakan One Stop Center bagi penyelesaian IT di Kelantan.