BARCELONA 28 Feb. – Pembangun dan pembekal aplikasi dunia perlu lebih telus dalam mengumpul maklumat peribadi daripada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, dalam menerima pakai teknologi komunikasi maklumat (ICT), para pengguna perlu sedar mengenai tujuan mengumpul data peribadi dan perlunya data sedemikian dilindungi.
Pada Seminar Keusahawanan ICT Kelantan yang bertempat di Hotel Grand Riverview Kota Bharu, peserta didedahkan dengan peluang membangunkan aplikasi iPhone dan Android dibawah program Icon 2. Seminar tersebut adalah anjuran MDEC dengan kerjasama ICT Incubator Centre dan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Kelantan. Icon 2 ialah satu program dibawah MSC bagi melatih individu, kumpulan atau syarikat […]