KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
[adsenseyu6] |
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kewangan dan Khidmat Pelanggan KWSP, Hizwani Hassan, berkata akaun Facebook didaftarkan dengan nama “Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” dan Twitter KWSP di “KWSPBuzz”.
Media sosial lebih cepat
Katanya, penggunaan media sosial seperti itu akan membolehkan berita terkini KWSP disebarkan lebih cepat melalui gambar dan video.
“Lebih penting lagi ia membolehkan KWSP mendekati pencarumnya dengan lebih meluas terutamanya generasi-Y dan mereka yang bergantung kepada gajet mudah alih bagi mendapatkan berita-berita terkini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, dalam tempoh beberapa bulan Facebook KWSP diperkenalkan, lebih 6,600 orang telah mendaftar.
“Faedah utama yang diperoleh dengan mendaftar di Facebook dan Twitter KWSP terbukti pada awal tahun ini apabila mereka memperoleh maklumat mengenai pengumuman kadar dividen KWSP 2009 pada masa sama editor dan wartawan akhbar utama menerimanya melalui siaran akhbar KWSP,” katanya.
Bagaimanapun, Hizwani berkata kedua-dua saluran itu diwujudkan hanya sebagai penyampai maklumat terkini selain mendekati 12.3 juta pencarumnya.
“Pencarum diingatkan supaya menggunakan saluran sedia ada seperti kaunter perkhidmatan, pusat panggilan KSWP di talian 03-8922 6000 atau pertanyaan online melalui laman web myEPF sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai KWSP,” katanya. – BERNAMA
Fenomena Laman Sosial Facebook Dalam Masyarakat | ejoeSolutions
26/08/2010[…] baru bukan sahaja kepada pengguna biasa, artis, ahli politik tetapi juga komuniti korporat seperti KWSP juga menggunakan perkhidmatan ini untuk mendekati para pelanggan mereka sama seperti facebook […]
Fenomena Laman Sosial Facebook | Action RICH Solution
03/11/2011[…] baru bukan sahaja kepada pengguna biasa, artis, ahli politik tetapi juga komuniti korporat seperti KWSP juga menggunakan perkhidmatan ini untuk mendekati para pelanggan mereka sama seperti facebook […]