Sebelum ini, seperti semua sedia maklum, kerajaan telah melancarkan halaman web khas untuk rujukan para pengguna, iaitu 1Pengguna.com. Laman tersebut mendapat kritikan ramai pihak disebabkan kosnya yang berharga RM1.4 juta, dan amat mendukacitakan lagi apabila kini ianya diketahui yang mana laman tersebut mempunyai sedikit masalah sekuriti padanya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] 1pengguna

Sebuah laman yang membincangkan berkenaan sekuriti atas talian, KenaHack.com kini memperlihatkan yang mana laman 1Pengguna.com mempunyai salah satu masalah serius, dimana beberapa data yang sepatutnya dijaga dengan rapi boleh dimuat-turun dengan mudah dengan hanya disuntik melalui SQL sahaja.

Data-data seperti emel, nama pengguna dan sebagainya turut boleh didapati dengan mudah melaluinya. Mungkin ramai menganggap perkara ini seperti masalah biasa. Namun memandangkan data-data tidak selamat, dan apatah lagi, ianya melibatkan duit rakyat sehingga RM1.4 juta, mungkin pihak pembangunnya perlu memberikan perhatian yang amat serius, dan menanganinya dengan segera.

– http://amanz.my/

admin
admin

1 Comment

  1. Kementerian akui portal 1pengguna digodam | | ejoeSolutions
    12/06/2011

    […] Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengakui berlaku perlanggaran keselamatan pada laman web RM1.4 juta 1pengguna.com, tetapi tiada maklumat pengguna yang […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *