SYDNEY: Komputer Perdana Menteri, Julia Gillard di parlimen dipercayai digodam dan masalah sama turut dihadapi menteri kabinetnya, termasuk Menteri Pertahanan dan Menteri Luar yang disyaki dilakukan dari China.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] komputer pm

Akbar Sydney Daily Telegraph berkata, perisik Amerika memperoleh maklumat bahawa beribu emel ‘dicuri’ dari komputer berkenaan yang membabitkan sekurang-kurangnya 10 menteri kabinet.
Selain Gillard, turut dilaporkan terbabit ialah Menteri Luar, Kevin Rudd dan Menteri Pertahanan, Stephen Smith.

Akhbar itu berkata, perkara itu dipercayai sudah berlaku lebih sebulan bermula Februari lalu.

“Empat sumber kerajaan yang berasingan mengesahkan bahawa agensi perisikan China adalah antara senarai teratas penggodam asing yang disyaki terbabit,” kata akhbar itu.

Peguam Negara, Robert McClelland bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan kejadian itu. – AFP

admin
admin

Would you like to share your thoughts?