Mengaji Secara Terus Melalui Facebook Dengan Mudah Dan Interaktif

Perkembangan Facebook telah menjadi salah satu fenomena, dimana kebanyakkan pengguna internet tempatan kini menghabiskan kebanyakkan masa atas talian mereka disana. Kini, anda turut sama boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat di Facebook, iaitu dengan mengaji dan mempelajari terjemaahan Al-Quran terus melalui Facebook.

Aplikasi khas yang dinamakan sebagai Kempen Jom Mengaji ini membolehkan para pengguna untuk membaca, mendengar bacaan, ataupun mengikuti terjemaahan ayat-ayat al-Quran dengan mudah secara terus melalui Facebook. Kesemua 114 surah turut sama disediakan pada aplikasi berkenaan, dan pelbagai bahasa terjemaahan disediakan, termasuk Bahasa Melayu.kempen jom mengaji

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu ke halaman Kempen Jom Mengaji, dan seterusnya, memilih surah yang dikehendaki. Anda seterusnya boleh memilih qari, dan terus memainkannya. Pengguna juga boleh memilih bahasa terjemaahan dan mengetahui maksud setiap ayat, sambil membaca dan mendengar bacaan al-Quran terus melalui Facebook.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Anzur Technology.

– komputer.my

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *