Oleh kerana ada beberapa website dalam hosting ejoeSolutions dihack beberapa hari kebelakangan ini, kami nasihatkan semua pelanggan kami untuk mengemaskini password cpanel dan juga password admin website masing-masing. Password admin website termasuklah admin bagi joomla, wordpress, oscommerce dan sebagainya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] cpanel

Sila gunakan kombinasi nombor, huruf besar, huruf kecil dan tanda seperti *, $, @ dan sebagainya untuk mengelakkan akaun diceroboh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Pelanggan juga dinasihatkan mengemaskini program antivirus di pc masing-masing.

Kemaskini skrip website

Bagi pengguna joomla, wordpress dan lain-lain program open source, sila update program masing-masing kepada versi terbaru. Kegagalan anda mengemaskini password dan versi program boleh menyebabkan web anda dihack! Senario semasa seperti pertelingkahan dengan Indonesia meningkatkan lagi ancaman kepada laman web. Statistik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga menunjukkan peningkatan laman web dalam negara yang diceroboh akhir-akhir ini.

Anda juga boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk mengelak laman web anda diceroboh.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?