KOTA BHARU 24 Mac – Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK) akan menjenamakan semula bangunan KB Bazaar di sini sebagai sebuah pusat teknologi komunikasi maklumat (ICT) terkenal di Kelantan yang diberi nama KB Cyber Plaza.
![]() |
[adsenseyu7] |
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ia sejajar dengan penubuhan Pusat Inkubator ICT Kelantan yang diadakan dengan kerjasama di antara PKINK dengan Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC).KB Bazaar ditukar nama kepada Kota Bharu Cyber Plaza (KBCP)
KB Bazaar kepada Kota Bharu Cyber Plaza (KBCP)
Beliau berkata, penjenamaan itu bakal merubah wajah dan nama KB Baazar kepada Kota Bharu Cyber Plaza (KBCP) apabila semua prasarana Pusat Inkubator ICT tersebut beroperasi sepenuhnya.
“Saya berkeyakinan, usaha PKINK ini akan berjaya dengan sokongan dan bantuan semua pihak, sama ada dari kerajaan negeri, kerajaan Pusat dan juga pihak swasta.
“Adalah menjadi dasar kerajaan untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sakhsiah demi perkembangan dan pembangunan ummah secara keseluruhan,” katanya.
Status MSC Malaysia Inkubator
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Sijil Status MSC Malaysia Inkubator kepada ICT Incubator Sdn Bhd (IIC) di Pusat Dagangan Kelantan di sini semalam.
Turut hadir, Pengerusi Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd., Tan Sri Abdul Halim Ali.
IIC ditubuhkan pada 2009 bagi menyediakan perkhidmatan inkubator ICT dalam usaha untuk memangkin penglibatan usahawan ICT tempatan dan syarikat-syarikat swasta ke arah pertumbuhan industri tersebut di negeri ini.
Syarikat itu menawarkan pelbagai kemudahan termasuk makmal teknologi, ‘Java Lab’ dan ‘Open Source Lab’ untuk pembangunan protaip.
Nik Abdul Aziz berkata, pada masa yang sama, kerajaan negeri juga menjalinkan kerjasama dengan Jaring Communications Sdn. Bhd. (Jaring) untuk mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat yang sihat dan bersih di kalangan rakyat Kelantan
“Usaha ini sedang berjalan baik melalui usaha-usaha yang digerakkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan menerusi Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat SUK Kelantan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Darul Digital Sdn. Bhd.
“Usaha juga digerakkan secara aktif melalui syarikat PKINK iaitu Infra Quest Sdn Bhd. yang turut menjalinkan usahasama dengan pihak Telekom Malaysia (TM) bagi kemajuan ICT di negeri Kelantan,” katanya.
Dipetik daripada Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm
Link Berkaitan
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=330095846246&id=270344472947
Laman Facebook KBCP
http://www.facebook.com/pages/Kota-Bharu-Malaysia/KB-Cyber-Plaza/159897377373929
Lokasi KB Cyber Plaza
KB Cyber Plaza terletak di Belakang KB Mall. Ia menempatkan Syarikat-syarikat seperti Darul Digital, ICT Incubator Center, MKE Resources, ejoeSolutions, Kugiran dan banyak lagi. Antara kemudahan yang terdapat disini ialah surau di tingkat 1, Cafe di Tingkat 3 & Parking di tingkat bawah dah juga lif. Terdapat juga laluan yang menghubungkan KB Mall (Tingkat 1 – laluan sebelah Syarikat Muda Osman) dengan KB Cyber Plaza (Tingkat 2)
View KB Cyber Plaza in a larger map
4 Comments
Comments are closed.
Pusat Membeli-belah KB Mall « ejoeSolutions Kota Bharu Kelantan
13/07/2010[…] belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Cyber Plaza (KB […]
ICT Incubator Centre Sdn Bhd Kini Berstatus MSC « ejoeSolutions Kota Bharu Kelantan
13/07/2010[…] BHARU, 23 Mac: USAHA menjenamakan semula bangunan KB Bazar bagi menjadikan sebagai sebuah pusat ICT yang terkenal di negara ini sedang dilaksanakan oleh […]
Jawatan kosong di ejoeSolutions Kota Bharu Kelantan | ejoeSolutions
23/07/2010[…] kepada yang tinggal berhampiran Kota Bharu. Office adalah di Kb Cyber Plaza (Kb Mall). Jawatan adalah sementara (2 bulan) dan akan dipertimbangkan ke jawatan tetap jika […]
Kursus ICT ejoeSolutions telah dikemaskini | ejoeSolutions
18/08/2010[…] kalendar dan senarai kursus yang ditawarkan terdapat di halaman Courses. Kursus akan diadakan di KB Cyber Plaza Kota Bharu. Tempat adalah terhad kepada 10 peserta setiap kursus. Sebarang pertanyaan bolehlah […]