Fakta dan statistik
Lokasi : Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tarikh dibuka : 2005
Bilangan tingkat : 3
KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Cyber Plaza (KB Bazar).
Kompleks ini dibuka pada tahun 2005. Didalam pusat membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu Pacific Hypermarket, lot-lot kedai yang disewakan antaranya Sony, Mc Donald, Pizza Hut, Secret Recepy, KFC, Kedai pakaian dan sebagainya. Terdapat medan selera di tingkat 2, parkir percuma di tingkat atas dan tingkat bawah tanah. KB Mall juga merupakan lokasi dimana pameran PC & Komputer PC Fair yang diadakan setiap tahun di Kelantan.
Tragedi KB Mall Runtuh
Pada 6 Disember 2009 jam 5:00 petang, penduduk Kota Bharu di kejutkan dengan kejadian KB Mall Runtuh atau Kereta Terbang ekoran dentuman yang sangat kuat dimana sebuah kereta dari tempat pakir tingkat atas melanggar tembok bumbung dan menjunam kedalam pasaraya tersebut. Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.
Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom. Dalam insiden ini, dua pelajar dari Kolej Kesihatan Masterskill maut ditempat kejadian manakala dua yang lain cedera parah.
Comments