KOTA BHARU-Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 penderma darah pada setiap bulan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] penderma darah husm

Pegawai Perubatan Unit Transfusi HUSM, Dr Long Tuan Mustazamin berkata, keperluan penderma dalam jumlah berkenaan diperlukan kerana penggunaan darah untuk tempoh sebulan adalah kira-kira 1,200 hingga 1,500 unit di hospital itu.

“Kita menjangkakan sempena cuti musim sekolah, banjir dan juga perayaan ini keperluan kadar penggunaan darah meningkat memandangkan lebih ramai akan melakukan rawatan dan sebagainya.

“Kita juga bimbang sekiranya ada dalam kalangan penderma tetap yang terperangkap dengan banjir sekiranya memerlukan ketika kecemasan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kesedaran untuk menjadi penderma darah

Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai supaya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjadi seorang penderma bagi menampung tabung darah.

Terdahulu beliau bersama kakitangan yang lain mengadakan program derma darah di Penjara Pengkalan Chepa dekat sini.

Beliau berkata, simpanan darah di HUSM masih dalam keadaan terkawal bagaimanapun ia memerlukan gantian secara berterusan untuk kegunaan harian.

“Saya juga menghargai kesudian pihak penjara kerana mereka bersedia untuk menderma darah sekiranya pihak hospital memerlukannya,” katanya.

Pada program berkenaan, sebanyak 30 unit darah dapat dikumpulkan dan pihaknya akan berusaha untuk memastikan bekalan tabung darah hospital mencukupi.

-Sinar Harian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?