IXUS Sdn Bhd (Ixus) akan mengadakan jualan kamera digital sempena Festival Digital 2011 pada 24 Jun sehingga 26 Jun ini di beberapa pusat beli-belah utama antaranya di KB Mall Kota Bharu, Kelantan selain di Mydin Mall Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 21 Jun hingga 27 Jun ini.Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
[adsenseyu6] | ![]() |
Tarikh : 24 – 26 Jun 2011
Masa : 10:00am – 10:00pm
Lokasi : KB Mall, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan
Selain itu, festival sama turut diadakan di Tesco Mergong, Kedah dan Tesco Rawang, Selangor pada 22 Jun sehingga 26 Jun ini manakala di Tesco Lagenda Heights, Sungai Petani pada 22 Jun hingga 3 Julai ini.
Pixus menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan iaitu kamera berjenama serendah RM99 dan kamera DSLR berjenama Nikon bermula pada harga RM1,599 seunit.
Ixus dalam kenyataannya berkata, harga yang ditawarkan dijamin terendah di bandar ini kerana semua barangan itu diperoleh terus dari kilang.