Pembekal keselamatan global dalam talian, F-Secure menawarkan perisian perlindungan keselamatan antivirus secara percuma bernilai RM25 juta kepada pelanggan di Malaysia sempena sambutan ke-25 syarikat itu.
[adsenseyu6] | ![]() |
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F-Secure, Christine Fredrikson berkata, syarikat itu ingin menghargai hubungan bersama pelanggan dengan menghadiahkan perisian keselamatan percuma bernilai RM25 juta dengan tempoh sah selama setahun.
F-Secure fokus kepada maklumat digital
F-Secure memfokus kepada perniagaan menjaga maklumat digital dan mencegah kehilangan kandungan fail komputer. Menurut Fredrikson, RM25 juta keselamatan percuma itu terdiri daripada 200,000 kata laluan bagi perisian keselamatan meliputi anti virus untuk komputer dan 200,000 kata laluan perisian keselamatan mudah alih Android.
Menurut F-Secure, pengguna yang ingin mendapatkan perlindungan percuma selama setahun itu hanya perlu melayari laman Facebook syarikat itu.
F-Secure juga sedang meluaskan khidmat pengkomputeran awan dengan menawarkan peluang untuk menyeragamkan kandungan peribadi di antara peranti dengan mudah, berkongsi kandungan dan menyimpan semua data dengan cara yang lebih mudah. -sinarharian
Download Antivirus F-Secure
Muat turun perisian Antivirus / Mobile Security F-Secure secara percuma disini. Hanya untuk pelanggan dari Malaysia sahaja. Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan perisian antivirus secara PERCUMA!