Pembekal keselamatan global dalam talian, F-Secure menawarkan perisian perlindungan keselamatan antivirus secara percuma bernilai RM25 juta kepada pelanggan di Malaysia sempena sambutan ke-25 syarikat itu.
VIRUS Stuxnet yang merosakkan program nuklear Iran tahun lalu adalah satu daripada lima senjata siber yang dibangunkan menerusi platform tunggal yang pernah dikesan pada 2007, demikian menurut kajian baru dijalankan oleh firma keselamatan dalam talian Russia, Kaspersky Lab.