GEORGETOWN: Kawasan sekitar Relau di sini, bukan saja dibanjiri ramai pekerja asing, malah turut menjadi ‘lubuk’ kepada kaki judi online berikutan semakin banyak kedai internet menawarkan perkhidmatan perjudian.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] judi online

Premis berkenaan dikatakan bertambah secara mendadak sejak empat tahun lalu dan lebih membimbangkan kegiatan itu turut menarik pelajar untuk melepak di situ, sekali gus terbabit dalam kegiatan perjudian.

Judi online sekitar Relau tarik pelajar, warga tua

Premis berkenaan turut menjadi tumpuan ramai remaja Melayu yang berusia seawal 13 tahun serta warga tua. Tinjauan mendapati lebih tujuh premis menawarkan perkhidmatan perjudian internet di kawasan itu yang beroperasi 24 jam sehari.

Beberapa premis didapati menggelapkan cermin pintu hadapan dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah berjaga-jaga khususnya bagi mengawasi kehadiran pihak berkuasa.

Setiap pelanggan juga perlu memasukkan kata laluan atau nombor pengenalan diri di pintu masuk premis. Jika pelanggan kelihatan mencurigakan, penjaga premis tidak akan membenarkannya masuk.
Meskipun tindakan penguatkuasaan oleh polis sering kali dilakukan tetapi pengusaha kegiatan itu seolah-olah tidak gentar dengan meneruskan operasi.

Seorang penduduk tempatan, Mohd Haniff Mokhtar, 25, berkata semua premis itu dipasang pintu kaca gelap bagi menghalang pandangan orang awam serta dipasang CCTV di pintu masuk.

Katanya, dengan membayar RM10, pelanggan boleh berjudi yang memungkinkan mereka memenangi sejumlah wang jika bernasib baik.

“Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani kegiatan itu kerana perjudian akan membawa lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat,” katanya.

Haniff yang mendakwa dia adalah bekas pelanggan tetap premis itu, berkata beberapa pergaduhan pernah berlaku apabila pelanggan yang kalah gagal mengawal rasa marah masing-masing.

“Malah, ada juga ada anggota pasukan beruniform turut sama mencuba nasib untuk mencari wang segera,” katanya sambil menambah premis perjudian juga banyak beroperasi sekitar Sungai Ara dan Bukit Jambul. -bharian

admin
admin

1 Comment

  1. Lancar perang judi online - ejoeSolutions
    24/05/2012

    […] habis-habisan ke atas pihak yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi judi online berikutan bilangan premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram itu berada pada tahap […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *