GUA MUSANG – Penduduk di daerah Gua Musang, kecewa dengan pemerintahan kerajaan Pas yang mendakwa menjalankan pemerintahan Islam, namun gagal menangani kegiatan judi internet di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu.
KLANG: Taktik sebuah pusat permainan komputer di Jalan Goh Hock Huat, di sini, membina pintu rahsia di premis mereka untuk melindungi kegiatan judi Internet daripada diketahui pihak berkuasa dipatahkan apabila premis itu diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.
PETALING JAYA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melancarkan perang habis-habisan ke atas pihak yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi judi online berikutan bilangan premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram itu berada pada tahap membimbangkan.
GEORGETOWN: Kawasan sekitar Relau di sini, bukan saja dibanjiri ramai pekerja asing, malah turut menjadi ‘lubuk’ kepada kaki judi online berikutan semakin banyak kedai internet menawarkan perkhidmatan perjudian.
RAWANG: Tanpa segan silu, segelintir pelajar berpakaian seragam sekolah berasak-asak menunggu giliran untuk melepaskan gian terhadap permainan Internet yang berunsur perjudian atau judi online di beberapa pusat Internet di Taman Bersatu dan Jalan Pekan Rawang, di sini.
GEORGETOWN: Kaki judi online yang ditahan bermain mesin judi di premis kafe siber kini tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara, sebagai satu pendekatan baru polis memerangi kegiatan itu. Sebelum ini, mereka terlepas daripada tindakan undang-undang kerana polis hanya meminta menjadi saksi bagi menghadapkan penganjur premis ke muka pengadilan. Ketua Polis Pulau Pinang, […]
NILAI: Aktiviti perjudian Internet terus berleluasa di sekitar daerah ini hingga membuatkan pelbagai pihak terutama ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak senang hati kerana ia menjadi tempat tumpuan terutama golongan remaja.