CRADLE Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) yang menguruskan dana pengkomersialan teknologi di Malaysia mengunjur untuk melatih 250 usahawan teknologi menerusi Program ‘Coach and Grow’ (CGP), sekali gus menggerakkan syarikat teknologi tempatan keluar daripada tahap pembangunan ke tahap pengkomersialan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] usahawan teknologi

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk program 12 bulan itu yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu latihan dan pemantauan selain acara pameran. Katanya, CGP diilhamkan untuk menangani cabaran golongan usahawan teknologi terutama membabitkan sebab utama mengapa banyak di kalangan mereka gagal mengembangkan perniagaan di peringkat penting kitaran pertumbuhan syarikat masing-masing.

“Dengan kata lain, CGP bermatlamat membantu usahawan teknologi menangani cabaran yang sudah dikenal pasti antaranya kesukaran mendapat pelanggan awal, cabaran untuk membina kemampanan syarikat dan mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

“Oleh itu, kami berharap dapat mewujudkan syarikat berkualiti tinggi yang boleh mengembangkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya dan kelihatan menarik di mata agensi pembiayaan, pelabur dan pemodal teroka serta menggalakkan IPO sebagai kaedah pembiayaan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran CGP di Kuala Lumpur, semalam. Nazrin berkata, CGP adalah program bimbingan kerjasama membabitkan pihak swasta, bertujuan untuk membangunkan ekosistem keusahawanan teknologi lebih kukuh.

“Menerusi program ini, jurulatih sektor swasta memainkan peranan besar untuk menambah nilai kepada syarikat teknologi yang menyertai CGP,” katanya. Tiada cara lebih baik untuk menanda aras piawaian pasaran melainkan pembabitan syarikat swasta,” katanya.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan bermula semalam hingga 24 Ogos ini dengan melayari laman web rasmi di www.cgp.com.my.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *