USAHAWAN tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan atas talian ( usahawan internet ) perlu meyakinkan pengguna dengan menyediakan maklumat telus mengenai latar belakang perniagaan, sekali gus membantu mengembangkan industri perniagaan online di negara ini.
CRADLE Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) yang menguruskan dana pengkomersialan teknologi di Malaysia mengunjur untuk melatih 250 usahawan teknologi menerusi Program ‘Coach and Grow’ (CGP), sekali gus menggerakkan syarikat teknologi tempatan keluar daripada tahap pembangunan ke tahap pengkomersialan.