YAYASAN Muamalat Belia (YMB) mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membentuk sistem mentor mentee bagi menggalakkan pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan terutama di kalangan Bumiputera menggunakan laman web sebagai medium dalam urusan perniagaan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] laman web

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azman Idris berkata, isu kekurangan dana untuk membangunkan laman web bagi perniagaan bukan menjadi masalah kepada PKS, tetapi kekurangan maklumat kepentingan laman web sebagai satu medium penting masih lagi belum dapat disampaikan sepenuhnya kepada golongan terbabit.

Penggunaan laman web di kalangan PKS

Noor Azman mengulas laporan syarikat Internet terkemuka, Google yang mendapati penggunaan laman web di kalangan PKS di Malaysia menunjukkan kurang 10 peratus daripada 700,000 keseluruhannya sedangkan ia mampu menarik dua bilion orang pengguna di serata dunia jika laman web digunakan sebagai medium dalam urusan perniagaan.

Katanya, sistem mentor mentee dapat membantu dan membimbing golongan PKS Bumiputera untuk mendapat maklumat mengenai kepentingan laman web dan cara pengoperasian dalam perniagaan.

“Bagi golongan usahawan muda ia bukan menjadi satu masalah membangunkan laman web berbentuk perniagaan, tetapi ia berlaku ke atas PKS yang masih menjalankan perniagaan secara konvensional iaitu golongan lama. “Saya melihat, jika PKS Bumiputera baru dan lama bergabung idea dalam sistem mentor dan mentee ia boleh mencapai satu operasi perniagaan yang dinamik iaitu golongan lama yang mempunyai pengalaman dapat memberi bimbingan kepada golongan muda untuk menjadi usahawan dan golongan muda boleh memberi idea kepada golongan lama,” katanya.

ejoeSolutions sediakan servis membina laman web

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat yang menyediakan perkhidmatan rekabentuk laman web & hosting di Kelantan. Bermula pada tahun 2003 kami telah merekabentuk lebih dari 300 laman web, laman kedai online & e-commerce, kursus ICT, perkhidmatan hosting, pendaftaran domain dan lain-lain lagi.

Kami di ejoeSolutions komited untuk membantu Kelantan untuk meningkatkan penguasaan ilmu ICT melalui kursus dan bengkel yang diadakan, membantu para usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui pembinaan laman web, menyediakan perkhidmatan hosting dengan harga yang mampu dimiliki di Kelantan. Kami melangkah setapak lagi dengan menyediakan tempat dan peralatan untuk disewa bagi mereka yang mencari tempat untuk mengadakan kursus atau bengkel. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

admin
admin

1 Comment

  1. Seminar Keusahawanan Mentor Mentee - ejoeSolutions
    18/06/2012

    […] itu, melalui program mentor mentee yang diadakan ini diharap dapat bantu peserta selesaikan masalah,” […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *