Apple dengan rasminya telah melancarkan iPhone versi terkini yang diberi nama iPhone 4S pada majlis Let’s Talk iPhone di CUPERTINO, California. Peminat-peminat iphone pastinya sedikit kecewa kerana Apple hanya menlancarkan iPhone 4S dan tidak iPhone 5 seperti khbar angin sebelum ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iphone 4s

Dengan rekabentuk dan saiz skrin yang sama dengan versi iPhone 4, Apple telah meningkatkan spesifikasi dalaman seperti pemprosesan pusat, ram kamera dan juga peningkatan perisian iOS5.

Spesifikasi iPhone 4s

iPhone 4S dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, rakaman video 1080p definisi tinggi (HD), memori 1GB RAM, pemprosesan dwi teras A5 seperti yang terdapat pada iPad 2 yang membuatkannya beroperasi dengan lebih pantas serta grafik permainan video tujuh kali lebih pantas daripada iPhone 4.

Selain itu, Apple turut memuatkan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.

Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.

Apple iPhone 4s Official Commercial

admin
admin

3 Comments

  1. - ejoeSolutions
    12/10/2011

    […] untuk produk terbaru Apple dipercayai mendorong peningkatan jualan luar biasa itu. iPhone 4S adalah produk terbaru Apple dikeluarkan dalam tempoh 15 bulan. Berdasarkan kecenderungan semasa, tidak mustahil jualan iPhone […]

  2. iPhone 4S gagal pikat pengguna - ejoeSolutions
    12/10/2011

    […] FRANCISCO: Saham Apple merosot lebih empat peratus di Wall Street semalam, selepas syarikat itu mendedahkan versi terkini iPhone 4S yang mengecewakan ramai […]

  3. 10 sebab kenapa anda patut beli iPhone 4S - ejoeSolutions
    20/04/2012

    […] the introduction of the phone 4S on Tuesday , Apple was met with an attack of sharp criticism for the most part “is not up to the […]

Would you like to share your thoughts?