Selepas Maxis membuka pendaftaran kepada peminat-peminat iphone 4s kini giliran Digi pula menyediakan form untuk diisi oleh peminat iPhone 4S. Menurut laman web Digi, iPhone 4S akan dilancarkan pada 16 Disember 2011 dan mereka yang mendaftar akan mendapat maklumat terkini mengenai pakej-pakej dan harga iPhone 4S
SAN FRANCISCO: Saham Apple merosot lebih empat peratus di Wall Street semalam, selepas syarikat itu mendedahkan versi terkini iPhone 4S yang mengecewakan ramai pengguna.
Apple dengan rasminya telah melancarkan iPhone versi terkini yang diberi nama iPhone 4S pada majlis Let’s Talk iPhone di CUPERTINO, California. Peminat-peminat iphone pastinya sedikit kecewa kerana Apple hanya menlancarkan iPhone 4S dan tidak iPhone 5 seperti khbar angin sebelum ini.