KUALA LUMPUR: Lebih tebal dan berat namun paparan skrin lebih jelas berbanding skrin televisyen definisi tinggi (HDTV) dan pemprosesan lebih laju. Itulah ciri utama iPad 3 yang baru dilancarkan oleh Apple Inc di San Francisco, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
[adsenseyu6] |
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, ketika melancarkan iPad terbaru itu berkata, “Kami membawanya ke satu tahap baru dan mendefinisikan semula kategori yang diwujudkan oleh Apple menerusi iPad asal.”
iPad baru dijana oleh cip baru dengan empat core pemprosesan bagi menghasilkan grafik lebih lancar.
Ia setebal 9.4 millimeter lebih tebal berbanding 8.8 millimeter iPad 2 dengan berat 0.64 kilogram berbanding 0.6 kilogram model sebelumnya. Ia juga mmpunyai kamera 5 megapiksel di bahagian belakang tablet itu seperti kamera pada iPhone 4S.
Ciri-ciri istimewa lain bagi iPad baru ialah dictation yang membolehkan pengguna membuka aplikasi dengan hanya menggunakan arahan suara. Ia boleh diakses melalui papan kekunci sesentuh iPad selain boleh juga digunakan dengan aplikasi lain seperti mengemas kini status laman Facebook atau Twitter.
Diperkenalkan pada harga sama dengan versi sebelumnya, iPad baru itu bakal berada di pasaran di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun bermula 16 Mac ini sebelum diedarkan ke 25 negara lain.
iPad baru
Paparan: Paparan Retina (2048×1536 resolusi)
Video: Rakaman video Definisi Tinggi 1080p resolusi
Internet: 4G LTE (Long Term Evolution)
Pemprosesan: a5X grafik quad-core
Ketebalan: 9.4mm
Berat: 0.64 kilogram
Ketahanan bateri: 10 jam penggunaan biasa dan 9 jam dengan penggunaan 4G
Warna: Hitam dan putih
Harga: AS$499, AS$599 dan AS$699 (Wi-Fi 16GB/32GB/64GB); AS$629, AS$729, AS$829 (Wi-Fi + 4G 16GB/32GB/64GB)
iPad baru di pasaran Jumaat ini - ejoeSolutions
13/03/2012[…] laman web Apple hari ini (semalam) untuk iPad terbaru itu menyebut: “Penghantaran: 2-3 minggu.” Rabu lalu Apple mendedahkan iPad generasi ketiga yang dipertingkat ciri-cirinya mensasarkan untuk berada di tangga teratas dalam pasaran tablet yang […]
Action RICH Solution | iPad baru di pasaran Jumaat ini - Action RICH Solution
13/03/2012[…] web Apple hari ini (semalam) untuk iPad terbaru itu menyebut: “Penghantaran: 2-3 minggu.” Rabu lalu Apple mendedahkan iPad generasi ketiga yang dipertingkat ciri-cirinya mensasarkan untuk berada di tangga teratas dalam pasaran tablet […]
Permintaan iPad, pesaing meningkat - ejoeSolutions
14/03/2012[…] YORK: Permintaan yang tinggi terhadap iPad keluaran Apple dan pesaing seperti Kindle Fire Amazon menyuntik peningkatan terhadap penghantaran […]
iPad 3 baru lebih hangat dari biasa - ejoeSolutions
22/03/2012[…] FRANCISCO: Sebuah pertubuhan pemantau pengguna semalam mengingatkan, iPad 3 terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk […]
3 juta unit iPad 3 dijual dalam 4 hari - ejoeSolutions
22/03/2012[…] YORK: Tablet iPad 3 terbaru begitu popular – peralatan itu sudah dijual dengan tiga juta unit di seluruh dunia […]
Untung iPad 3 baru berkurangan - ejoeSolutions
22/03/2012[…] membuat keuntungan lebih kecil daripada penjualan setiap unit model baru iPad 3 berbanding model terdahulu yang dilancarkannya setahun lalu, demikian mengikut satu analisis firma […]