TOKYO: Peminat produk Apple di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan model iPhone terbaru, iaitu iPhone 5C dan 5S selepas ia mula dijual kepada umum, awal pagi ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iphone 5c

 

Di Australia, orang ramai mula beratur sejak semalam, walaupun stor jualan hanya dibuka seawal jam 8 pagi. Di Tokyo, peminat fanatik telefonj pintar itu mula beratur minggu lalu walaupun Jepun dilanda ribut taufan, bagi membolehkan mereka antara terawal mendapatkan model terbaru itu.

Media tempatan melaporkan, orang ramai beratur sepanjang satu kilometer pada waktu pembukaan stor. Dua model iPhone itu mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura hari ini.

Harga iPhone 5C

Model iPhone 5C dijual serendah AS$99 (RM324) dan didatangkan dengan beberapa warna pilihan iaitu biru, hijau, merah muda, kuning dan putih. Manakala iPhone 5S dijual serendah AS$199 (RM652) dengan pilihan warna putih, hitam dan emas. – AFP

iPhone 5C di Malaysia

Masih belum terdapat tarikh iPhone 5C akan dibawa masuk ke Malaysia. Mungkin akhir bulan Oktober atau awal bulan November. Harga iPhone 5C diMalaysia dijangka dalam RM1699 – RM1899 manakala harga bagi iPhone 5S pula RM2299 – RM2499

admin
admin

2 Comments

  1. ejoeSolutions Apple catat rekod baharu jualan iPhone » ejoeSolutions
    23/09/2013

    […] Apple telah memulakan jualan untuk iPhone 5s yang canggih dan model 5C yang lebih murah di seluruh dunia sejak Jumaat lalu dan jualan tersebut telah menarik minat para pengguna, dari Australia ke Tokyo dan Paris ke New York. […]

  2. ejoeSolutions Versi baru iPhone 6 bakal dilancar tahun depan » ejoeSolutions
    17/12/2013

    […] keluar daripada kebiasaan pada September lalu apabila melancarkan dua versi iPhone pada masa sama, iPhone 5S dengan ciri lebih canggih dan 5C yang lebih ekonomi, sebagai sebahagian strategi untuk menguasai […]

Would you like to share your thoughts?