NEW YORK: Apple sudah meminta pembekalnya yang berpangkalan di Taiwan untuk menghantar dua versi terbaru iPhone iaitu iPhone 5S & iPhone 5C untuk dilancarkan bulan depan, termasuk satu model kos murah, demikian lapor Wall Street Journal, hari ini.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Jurnal itu memetik sumber berkata, syarikat Taiwan, Hon Hai Precision, anak syarikat kepada Foxconn di China, sudah sedia dengan model iPhone biasa yang dipertingkatkan dan model harga rendah tetapi dengan ciri yang dikurangkan.
iPhone 5S september 2013
Minggu lalu, laman web AllThingsD, melaporkan Apple dijadual memperkenalkan telefon pintar terbarunya 10 September ini dalam usaha merancakkan pasaran.
Jurucakap Apple bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru itu. Apple tampil dengan dua model terbaru itu apabila pesaing utamanya, Samsung dilaporkan akan memperkenalkan telefon pintarnya sendiri dan beberapa teknologi lain, termasuk jam pintar atau ‘smartwatch’.
Spekulasi bahawa Apple akan bertukar strategi pasaran dengan menawarkan telefon pintar kos murah untuk memikat lebih ramai pengguna, terutama di negara pasaran barunya.
Kaji selidik yang dilaksanakan Gartner minggu lalu menunjukkan, penguasaan pasaran Apple bagi telefon pintar di seluruh dunia ialah 14.2 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding Samsung 31.7 peratus. – AFP

