MULTIMEDIA Development Corporation Sdn Bhd (MDec) menyasarkan perolehan keseluruhan sebanyak RM13 bilion daripada industri kreatif tempatan didorong peningkatan pembangunan dan penerbitan karya serta perkhidmatan yang ditawarkan pemainnya tahun ini.
![]() |
[adsenseyu7] |
Dalam pada itu, MDec juga mengunjurkan perolehan RM16.1 bilion pada 2013 bersandarkan potensi peningkatan positif sehingga 10 peratus dari tahun ke tahun.
Penyumbang Industri Kreatif
Timbalan Presiden dan Pengarah Multimedia Kreatifnya, Kamil Othman berkata, dijangkakan segmen animasi antara penyumbang terbesar dalam perolehan keseluruhan industri kreatif yang mana sebanyak 45 tajuk karya animasi diunjurkan dapat dihasilkan tahun ini.
Kamil berkata, prestasi eksport industri kreatif tempatan juga menunjukkan prestasi positif dengan RM360 juta dapat dicatatkan hasil aktiviti seperti perkhidmatan teknologi maklumat dan perdagangan karya tempatan ke negara asing.
“Situasi industri kreatif tempatan kini semakin berkembang dan ini dapat dilihat dari tahun ke tahun sebanyak sepuluh peratus peningkatan dalam jumlah perolehan keseluruhan dicatatkan.
“Selain itu, penerbitan karya animasi tempatan juga semakin mendapat perhatian di peringkat global kerana kemampuan kita menghasilkan produk yang mendapat permintaan tinggi penonton di Malaysia dan luar negara,” katanya selepas menghadiri majlis sidang kemuncak animasi Asia, Asian Animation Summit: Showcasing the Region’s Finest di Kuala Lumpur, semalam.
Asian Animation Summit: Showcasing the Region’s Finest adalah sidang kemuncak yang menghimpunkan pemain industri animasi dari pelbagai negara di Asia bagi berkongsi kepakaran dan pelaburan dalam projek animasi yang berpotensi untuk di ketengahkan di rantau ini.
Beliau berkata, menerusi Asian Animation Summit: Showcasing the Region’s Finest, pihaknya menyasarkan lima kerjasama antara syarikat penerbitan animasi dapat dijalinkan dalam tempoh dua hari ia berlangsung.-hmetro
