MULTIMEDIA Development Corporation Sdn Bhd (MDec) menyasarkan perolehan keseluruhan sebanyak RM13 bilion daripada industri kreatif tempatan didorong peningkatan pembangunan dan penerbitan karya serta perkhidmatan yang ditawarkan pemainnya tahun ini.
Animonsta Studios yang menjangkau umur dua tahun pada 15 September lalu ditubuhkan khusus untuk menerbitkan animasi dalam bentuk siri dan filem. Produk sulung kami, BoBoiBoy ditayangkan di TV3 dan kini saluran Disney Channel Asia yang dapat ditonton di 16 negara.